"Hai, selamat berkenalan. Awak ni siapa? Dari mana?"
Tidak seperti dulu, kini tiba-tiba aku terasa semacam trauma dengan soalan seperti itu. Terasa ragu-ragu untuk menjawab kerana aku tiada satu jawapan yang pasti. Dan soalan itulah yang semakin memberat di pundakku semenjak kebelakangan ini.
Siapa aku?
Aku tidak tahu harus memberi jawaban apa untuk memuaskan hatiku sendiri.
Haruskah aku menjawab;
"Hai, aku ini si gadis naif dan pemalu yang tersipu di sebalik langsir berwarna merah jambu."
atau
"Hey, aku ini gadis moden yang berprinsip teguh dan punya matlamat tinggi untuk mencapai awan."
atau
"Oh, aku gadis kampung yang tersesat di kota metropolitan."
dan bermacam-macam lagi jawapan, namun tidak pernah dapat meringankan beban persoalan yang memberat di dada. Ah ternyata punya masa yang terlalu lapang untuk diri sendiri boleh memberatkan hati juga. Mungkin kerana aku cenderung untuk bersendiri dalam beberapa waktu ini membuatkan aku terlalu banyak berfikir yang tidak-tidak. Terlalu banyak persoalan datang bertandang di saat-saat aku sedang bermonolog dengan diri sendiri untuk menghalau sunyi, tapi mereka tidak pernah singgah lama. Mereka tidak memberat dan semakin memberat, kerana mereka akan pergi setelah berlegar seketika di ruangan hati ini. Tapi ah, soalan yang satu ini! Soalan itu tidak pernah berganjak semenjak kali pertama datang dan semakin memberat saja dari waktu ke waktu. Semakin keliru saja hinggakan aku putus daya untuk memikirkan jawapannya. Siapa aku? Si penakut yang tidak berani untuk berhadapan dengan kenyataan dan hanya mampu meluahkan perasaan di dalam sebuah blog? Si bodoh yang pada saban waktunya melayan perasaan dan emosi dan bermain dengan airmata sendiri? Si hipokrit yang tiada jati diri sendiri?
Soalan itu terlalu ringkas saja tapi terlalu sukar bagi diri ini untuk diladeni. Atau mungkinkah aku ini terlalu terbiasa untuk merumitkan perkara yang remeh? Tapi tak pernah pula aku mendengar leteran insan-insan di sekelilingku yang menyatakan "You're such a complicated person!" atau sesuatu yang kedengarannya seperti itu.
Tapi aku pernah ditegur oleh seorang insan, "Grow up, girlfriend."
Kedengaran agak menikam juga. Tapi mungkin benar dari satu sudut, aku harus untuk menjadi dewasa. Menjadi dewasa dalam konteks yang berbeza dari simply switching from Friendster to Facebook. And for the record, I deleted my Friendster for some other reasons and not because of the "so-called" urge to grow up. Mempunyai profile di setiap social network sites bukanlah matlamat aku.
Mungkin kerana aku sudah bosan untuk mengisi ruangan "About me" atau "Describe yourself" . Kadang-kadang aku tidak terlalu jujur dalam bercerita mengenai diriku sendiri. Biasalah, semua orang juga pasti mahu mencanangkan yang baik-baik saja mengenai diri sendiri bukan? Oh, aku semakin kehilangan arah untuk menguraikan persoalan itu. Mungkin jawapannya ada di depan mata atau mungkin jawapannya memang tidak ada sama sekali. Tapi segalanya hanyalah kemungkinan yang tiada kepastian.
Ah, dan setelah menulis sejauh ini, mindaku masih penuh tanda tanya.
Siapa aku?
Tiada jawaban yang pasti.
Esok, hari pertama untuk semester ini. Bakal berjumpa dengan ramai teman baru. Jika saja mereka bertanya;
"Hai, selamat berkenalan. Awak siapa?"
atau
"Awak ada akaun Friendster tak? Boleh add?"
aku harus bersedia untuk berlari jauh-jauh.
Happy New Year 2010
1 hour ago

2 footprints left by them.:
kadang kadang,ia nya menjadi sesuatu yang scary..everyone want to add tou,either FB or FS,but i think,the question of siapa aku is only you know the answer... :)
Post a Comment